TUJUH tahun dirantai, akhirnya bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2), Mohd Aizam Mat Saman atau sapaan komersialnya Adam memberanikan diri untuk melangkah keluar dan terbang sendiri.
Percaya dengan kebolehan diri dan yakin dengan bakat yang ada padanya menjadi kekuatan kepada anak muda kelahiran Sabah ini untuk memperkenalkan sisi baru dirinya.
Adam kini bergerak sendiri tanpa kawalan sesiapa lagi.
Awalnya, dengan pakej lengkap dan limpahan publisiti, ia memberikan laluan mudah kepada anak muda yang lincah dan kacak ini untuk disambar jenama adik-beradik KRU Music Group bagi membina tapak kukuh.
Hari ini, anak sulung daripada empat adik beradik ini sudah bersedia untuk memperkenalkan karya sentuhannya dan tidak lagi terikat dengan pembabitan KRU.
Album terbarunya, Adam 4 adalah bukti kemampuan beliau untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.
“Kalau dilihat - tiga album dulu iaitu Adam pada 2005, Adam II dua tahun kemudian dan terakhir, ADAM III dua tahun lalu - semuanya dihasilkan KRU sepenuhnya. Keseluruhan aspek baik dari bentuk lagu, lirik hinggalah kulit album, semuanya dihasilkan KRU. Memang saya tak nafikan KRU sangat bijak menyusun percaturan buat kerjaya saya.
“Bagaimanapun lama-kelamaan, saya mula terfikir untuk cuba berdikari. Mengapa harus duduk menunggu semuanya orang siapkan untuk kita sedangkan kita yang sudah banyak belajar sepatutnya boleh menggerakkannya sendiri? Oleh kerana itu, saya tekad untuk menghasilkan album solo keempat ini secara sendirian dan KRU hanya lebih bertindak sebagai penasihat dari belakang,” katanya.
sumber: Akhbar Harian Metro
GO ADAM GO!
ReplyDeleteYeahhh!!! =)
ReplyDelete