sitiangie

sitiangie

Friday 27 May 2011

Dato' Siti masuk askar!


Dato' Siti setuju sertai Wataniah

Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan.

# Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.


 Kata Dato' Siti:
“Saya memang berminat menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) kerana suka aktiviti lasak. Ini juga satu tanggungjawab saya kepada negara. Saya juga memang sudah bersedia dan tiada masalah mengikuti latihan kelak,”

Dato' Siti berharap lebih ramai golongan belia dan wanita menjadi sukarelawan,
“Belia dan wanita di negara ini perlu menyertai RAW untuk berlatih mempertahankan diri. Malah, ia juga satu aktiviti yang sihat,”

“Saya pernah bercita-cita menjadi anggota polis suatu ketika dulu. Jadi, dapat RAW pun sudah kira bagus kerana latihannya agak lasak dan sama seperti polis,”

photo credit to sitizone.com

Wednesday 11 May 2011

Hobi baru Dato' Siti...

Haaa.. ade lagi nih story Dato' Siti.... Jom baca apa kata Dato' Siti mengenai hobi baru beliau dan suami, Datuk K, rasanya semua peminat Dato' Siti dah tau kan... ^___^


sumber dari Harian Metro (11 Mei 2011)

  Di sebalik sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dan urusan perniagaan kosmetik, SimplySiti yang diusahakannya sejak setahun lalu, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin, sentiasa bijak membahagikan masa antara karier serta keluarga tercinta.

Malah, masa bersama suami paling penting dan menjadi keutamaannya. Dua minggu lalu, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa menghabiskan cuti bersama di Cape Town, Afrika Selatan. Bahkan, ketika di sana mereka berseronok dengan hobi baru.


Ujar Siti, ketika percutian itu beliau dan suami berkonvoi motosikal berkuasa tinggi ke seluruh Cape Town. Katanya aktiviti bermotosikal itu pertama kali dilakukan bersama suami tersayang.

"Biarpun membonceng, ia pengalaman percutian yang menyeronokan buat kami berdua. Kami menunggang Harley Davidson dan ekspedisi bermotosikal itu disertai lebih 20 orang yang juga memiliki minat sama.

“Pada hari pertama, ekspedisi sejauh 400 kilometer (km). Ia cukup mencabar kerana hujan dan cuaca sejuk menyebabkan kami terpaksa berhenti di pertengahan jalan kerana saya kesejukan. Mujur hari kedua, cuaca baik.

“Cuaca yang cantik dan panas memberikan kami peluang menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Apapun, tak dinafikan saya terpaut hati dengan aktiviti sukan bermotor. Malah, ia kini menjadi hobi baru dan minat kami berdua,” katanya.

Sunday 8 May 2011

[Artikel] Dato' Siti dan Datuk K kongsi minat sama

Oleh ZUBIR MOHD YUNUS
2011/05/08


SECARA eksklusif untuk wajah baru B*POP, penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza akhirnya bersedia berkongsi rahsia apakah hobi sebenar dirinya ketika memenuhi tuntutan masa santai. Untuk sesi fotografi ini, Siti Nurhaliza buat pertama kali tampil ranggi sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson!

Siti, 32, rupa-rupanya berkongsi minat dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga seorang ahli perniagaan kerana bagi mereka menunggang motosikal bukan bermaksud nak ‘merempit’ sebaliknya bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan suasana persekitaran.

Katanya lagi, dia sudah lama ‘mengidam’ untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi, namun baru kini hajat itu hampir menjadi kenyataan apabila bakal memperoleh lesen B, melayakkan beliau menunggang Harley Davidson berkuasa 500CC dan ke atas. Lazimnya, Siti bersama suami memilih waktu hujung minggu untuk mereka bersantai sambil menunggang motosikal kesayangan masing-masing

Ketika sesi fotografi bersama B*POP, selain menunggang Harley Davidson model Fat Boy LO dan Forty -Eight, Siti memberanikan dirinya menunjukkan kemampuannya menunggang Tri Glide Ultra Classic yang beroda tiga berharga lebih RM320,000! Sekalipun baru kali pertama menunggang ‘motosikal gergasi’ itu, lagak Siti persis profesional.

Namun, jangan tidak tahu, Khalid atau lebih popular Datuk K, sentiasa mengekorinya dari belakang, memantau pergerakan isterinya.

Sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Siti, penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pengalamannya dengan menceritakan dia pernah jatuh motosikal gara-gara mencuri peluang menunggang motosikal kawan arwah bapanya, Tarudin.

“Apa yang diceritakan kepada Siti, dulu arwah abah ada kereta, tapi sebaik Siti dilahirkan, dia jual kereta untuk beli motosikal. Sampai sekarang motosikal berkenaan masih ada dan seusia dengan Siti. Ketika alam persekolahan dulu, Siti berulang alik ke sekolah membonceng motosikal dengan arwah abah. Masuk sekolah menengah, Siti curi-curi tunggang motosikal kawan arwah abah.

“Entah macam mana, apabila tiba di selekoh, Siti terpulas minyak lebih, terus jatuh sampai lebam peha. Memori indah itu sampai sekarang Siti masih ingat,” cerita Siti sambil tersenyum dan ada kalanya ketawa.

Siti turut membuka rahsia Datuk K yang ketika zaman remajanya apabila suaminya yang minat menunggang superbike beberapa kali terbabit dengan kemalangan jalan raya sehingga ibunya pernah merantai superbike itu sebagai tanda melarang dia menunggang motosikal lagi!

Kini, apabila sudah berjaya menempa kejayaan cemerlang sebagai anak seni, Siti berkemampuan menunggang Harley Davidson pula, juga atas dorongan suaminya. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi, bukan bermakna hendak menunjuk-nunjuk, tapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan atau hobi mengasyikkan.

“Bagi Siti, bukan saja terasa santai menunggang Harley Davidson, tapi kadang-kadang apabila berdepan tekanan, menunggang motosikal mampu meredakan tekanan itu. Begitu juga suami, selain Harley Davidson, dia juga memandu Ferrari apabila fikirannya dibebani tekanan. Justeru, hobi Siti yang baru ini adalah satu terapi merawat minda agar sentiasa sihat dan cergas,” kata Siti yang tetap jelita bergaya ranggi.

Ditanya, apakah keseronokan dapat dirasai apabila menunggang Harley Davidson, Siti menjelaskan bunyi ekzosnya yang kuat bagi segelintir orang adalah sesuatu yang bingit, tapi bagi dirinya bunyi itu sebenarnya memberi kedamaian.

“Namun, itu bukan keseronokan secara total, sebaliknya apabila kita mampu menunggang atau mengendalikan motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, ia sebenarnya memberi kepuasan kepada si penunggang. Pun begitu, ciri-ciri keselamatan seperti pengendalian yang betul perlu diberi keutamaan, jangan ambil mudah. Kita juga perlu benar-benar bersedia daripada segi fizikal dan mental, jangan sesekali mencabar diri sendiri jika belum bersedia,” katanya berkongsi tip keselamatan.

Kini, apabila Siti sudah mampu menunggang Harley Davidson, adakah dia selesa apabila diberi gelaran Minah Rempit? Menjawab pertanyaan itu, Siti menjelaskan menunggang Harley Davidson lazimnya disulami aktiviti sihat seperti konvoi beramai-ramai sambil melakukan kerja amal, sebaliknya merempit sering dilabel dengan gejala negatif.

“Siti ingin cadangkan kepada remaja yang suka merempit supaya membabitkan diri dengan aktiviti amal dengan bermotosikal, justeru lama-kelamaan istilah merempit itu akan bertukar ke arah lebih positif, ” jelasnya lagi.

Umum mengetahui, Siti kini dalam proses melengkapkan rumah tangganya dengan mempunyai zuriat sendiri, namun apabila membabitkan diri dengan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi, tidakkah tindakan itu akan membantutkan usaha berkenaan?

“Bagi Siti, hobi baru ini tidak mempengaruhi perihal menambah bilangan keluarga. Jika Tuhan izinkan, Insya-Allah dengan usaha yang berterusan, Siti akan mengandung. Nanti, bila dapat tahu diri mengandung, Siti tak bawa Harley Davidson lagi, selagi masih ‘kosong’ ni apa salahnya...,” katanya tersenyum malu. 


sumber: Akhbar Berita Minggu

Sunday 1 May 2011

[Artikel] Dongeng Stacy

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my


SIAPA yang tidak tertawan dengan cinta kisah dongeng. Segalanya tampak indah dan sempurna. Si dara jelita bertemu putera kacak yang sanggup bertarung nyawa demi mendapatkan cinta sejati, dilimpahi kemewahan hingga menjadi sanjungan ramai.

Itu kisah dongeng, realitinya tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kalaupun dikurniakan kemewahan, rupa paras cantik atau susuk badan menarik, pasti ada kekurangan pada aspek lain dan begitulah sebaliknya. Bahkan manusia tidak pernah puas, ada saja kemahuan yang ada kalanya melangkaui batas kemampuan diri.

Walhal hukum alam menuntut kita menerima sesuatu keadaan itu seadanya dan itulah mesej yang cuba disampaikan dalam muzik video terbaru Stacy, Kisah Dongeng yang mendapat sentuhan Wan Ibrahim sebagai sutradara.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran di Dengkil baru-baru ini, pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini berkata sepanjang tiga tahun bergelar penyanyi, banyak perkara yang membuka mata hatinya. Benar, bukan mudah mencari cinta sejati tetapi bagi gadis genit ini cukuplah andai dirinya diterima seadanya. Dan, pastinya itu juga bukan mudah diperolehi kerana kebanyakan manusia memandang rupa, pangkat dan kemewahan.

"Lagu dan lirik ciptaan Edry Abdul Halim ini mewakili isi hati saya dan ia boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian sesiapa saja. Menerusi video muzik ini saya hadir sebagai pencerita dengan dibantu lima karakter yang tidak berpuas hati dengan keadaan diri masing-masing tetapi akhirnya belajar menerima diri seadanya. Sama seperti insan lain mereka juga damba kasih sayang yang ikhlas.

"Saya juga begitu, kalau boleh saya mahu orang terima saya sebagai Stacy. Perasaan ini diwakili dengan penampilan saya dalam video muzik ini yang pada mulanya glamor tetapi satu persatu saya lucutkan sehinggalah tampil tanpa sebarang solekan.

"Saya masih ingat, sebelum menceburi bidang ini saya hidup susah. Ketika itu tidak ada sesiapapun pandang saya malah mahu mendapatkan kerja pun sukar tetapi apabila saya cipta nama sebagai penyanyi keadaan berubah sekelip mata.
"Ramai yang mula sayang dan cuba mendekati saya. Jadi menerusi lagu ini saya mahu buka minda orang ramai supaya jangan sesekali membeza-bezakan mereka yang susah, kurang upaya atau tidak bernasib baik dan usahlah pandang rupa atau pangkat kerana kejadian manusia itu sama saja," katanya yang cukup selesa bekerjasama dengan Edry yang disifatkan sangat memahaminya.

Mengulas lanjut transformasi hidupnya, Stacy menjelaskan kasih sayang peminat umpama kisah fantasi yang sangat indah. Biarpun pernah berangan-angan bergelar penyanyi, dilimpahi kemewahan dan dipertemukan dengan pasangan yang kaya raya umpama kisah fantasi, tidak pernah terlintas salah satu darinya menjadi kenyataan seperti hari ini.

Justeru itu, dia cukup menghargai rezeki dan peluang depan mata. Biarpun melalui rutin yang padat dan memenatkan itu bukan masalah besar baginya sebaliknya Stacy sentiasa bersemangat melaksanakan tugas yang digalas sebaik mungkin.


"Apa yang saya lalui umpama magis dan saya sangat menghargai kasih sayang peminat terhadap diri ini. Saya tidak akan menghampakan mereka dan akan berusaha memberikan yang terbaik.

"Lagipun saya sedar tiada jalan pintas jika mahu berjaya, jadi kenalah bekerja keras. Pun begitu Tuhan itu adil, jika kita buat bersungguh-sungguh pasti cita-cita serta impian kita akan dimakbulkan," kata duta produk Clinelle, Intimate, Cornetto dan Silky Girl ini.

Jika sebelum ini Stacy sering memukau penonton dengan kelincahannya di pentas persembahan, menerusi Kisah Dongeng dia tampil berbeza dengan genre balada. Video muzik lagu yang dirakamkan pada 10 Mac lalu ini dijangka ditayangkan di saluran Astro penghujung bulan ini.

"Biarpun judulnya agak klasik, video muzik ini mengetengahkan konsep moden. Saya sukakan hasilnya dan berterima kasih dengan EASB dan KRU Studios kerana memenuhi permintaan saya.

"Selepas Kisah Dongeng, saya akan sibuk dengan proses pembikinan album kedua yang dijadualkan berada di pasaran bulan depan. Menerusi album yang diterbitkan oleh abang Edry ini, saya mencari kelainan dengan membawakan lagu-lagu berentak R&B, pop rock dan balada," katanya yang menyertai kelas lakonan dan Bahasa Melayu untuk memantapkan diri.

Sementara itu Yusry Abdul Halim yang mengetuai projek ini menegaskan konsep yang diketengahkan dalam video muzik ini sesuai dengan imej Stacy. Awal perbincangan dia sepatutnya mengarah video muzik ini namun melepaskan tanggungjawab itu kepada anak didiknya, Wan.

"Saya percaya dengan kebolehan Wan. Dia yang mencadangkan konsep ini dan saya melihatnya sebagai satu kerja yang sangat kreatif. Sebelum ini Wan sudah biasa menghasilkan video korporat malah dia mahir dengan kerja-kerja suntingan. Dialah yang menyunting filem Hikayat Merong Mahawangsa.

"Menerusi Kisah Dongeng kami cuba memaparkan realiti bahawa hidup tidak semestinya indah. Kami mahu penonton buka mata dan cerna mesej yang cuba disampaikan. Tidak mustahil ada beberapa perkara boleh mengundang rasa tidak puas hati pihak tertentu tetapi lihatlah ia dari sudut positif. Tafsir dan lihatlah Kisah Dongeng ini sedalam-dalamnya," kata Yusry.


sumber: Akhbar Metro Ahad

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING