sitiangie

sitiangie

Wednesday 17 December 2014

AIM 21 | Tahniah Dato' Siti & Stacy








Dato' Siti Nurhaliza menang 3 kategori :-  
RAKAMAN ALBUM TERBAIK (Konsert Lentera Timur)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK WANITA (Lebih Indah)
ALBUM TERBAIK (Fragmen)

Stacy menang 1 kategori :-
KULIT ALBUM TERBAIK (#1)


TAHNIAH!!

*photo credited: Radio CTFM / Gerak Gempur Sitizoners Untuk Siti Nurhaliza , Rozi Abdul Razak

Friday 24 October 2014

AIM 21: Dato' Siti Meraih 8 Pencalonan Dalam 7 Kategori


 

All the best to Dato' Siti, Kak Rozi, team SNP dan semua yang terlibat untuk dua album FRAGMEN & KONSERT LENTERA TIMUR yang tercalon dalam AIM 21.. tak sabar tunggu malam anugerah nanti.. #SitiZoners #supportDCT

Best of Luck juga buat STACY yang tercalon untuk 2 kategori melalui album #1

Anugerah Industri Muzik 21 akan diadakan pada 6 Disember 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC)..acara akan bermula dengan 'Karpet Glamour AIM21' jam 8.30 malam, kemuncak anugerah bermula jam 9.00 malam di Astro RIA dan Astro Maya HD.

***********
Berikut merupakan senarai pencalonan akhir bagi AIM 21:

ARTIS BARU TERBAIK
Azmarul Azuan
Fakhrul Razi
Poova
Russel Curtis Project
SonaOne

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
Dah - Ahmad Ahmad
Mewangi - Akim Ahmad
Perempuan - Faizul Sany
Ruang Hati - Kroll (Persis)
Sempurnakanlah Aku dan Dia - Riz Zaizizi

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
Egoismu - Liza hanim
Hilang - Adira
Just Another Day - Poova
Lebih Indah - Dato' Siti Nurhaliza
Masih Aku Cinta - Shila Amzah

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN)
Biar - Hani & Zue
Dikau Saja - Forteen
Hujung Waktu - Azhael
Pengakuan - Tiga
Racun Termanis - Suwara

PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
Bahasa Rindu - Adibah Noor & Nizam
Di Sebalik - Ila Damiaa menampilkan Joe Flizzow
Satu Rasa - Zarul & Marsha Milan
Selamanya Bahagia - Nora menampilkan Mosyi, Alif & Putri
Tepi Sikit - Sleeq & Joe Flizzow

KULIT ALBUM TERBAIK
#1 - Stacy
Dewi Cinta - Adira
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
Havoc - Joe Flizzow
Legasi - Aizat Amdan

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
Hello India - Sasi the Don
Hikayat Perawan Majnun - The Venopian Solitude
Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza
Shila Amzah - Shila Amzah

VIDEO MUZIK TERBAIK
Apa Khabar - Joe Flizzow menampilkan SonaOne
Falling - Yuna
Hello - Altimet menampilkan The Trisno Trio
Tak Mau Dusta Dusta - Klangit
The Rojak Uta: Stampede - The Venopian Solitude

LAGU POP ETNIK TERBAIK
Akar Kita Zapin - Ihab Ismail
Kalimah Lebaran - Noraniza Idris, Azmir Arif & Razis Ismail
Popaleh Weh - Dato' Siti Nurhaliza
Puncak Gapura - Ihab Ismail menampilkan Ahmad Fedtri Yahya
Zapin Seloka Kasih - Fauziah Suhaili

LAGU NASYID TERBAIK
Andai Esok - Akhil Hayy
Insan - Alif
Rindu Allah Sayang Allah (RASA) - Iwan Syahman & Iwan Junior
Satu Kalimah - Damai & Friends
Selamanya Bahagia - Nora menampilkan Mosyi, Alif & Putri

LAGU ROCK TERBAIK
Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus - S.O.G
Ayat Penyengat - Spider
Jiwa - Drama Band
Rentak Laguku - Bunkface menampilkan Amy Search
Romancinta - Mojo

LAGU POP TERBAIK
Jaga Dia Untukku - Dato' Siti Nurhaliza
Kerna Dia - Alif Satar
Kesempatan Kedua - Alif Satar
Sesal Separuh Nyawa - Alyah
Tulus - Shila Amzah

LAGU HIP HOP TERBAIK
Apa Khabar - Joe Flizzow menampilkan SonaOne
Havoc - Joe Flizzow menampilkan Altimet & SonaOne
Hello - Altimet menampilkan The Trisno Trio
Kerana - Haiza menampilkan Filsuf
Tepi Sikit - Sleeq menampilkan Joe Flizzow

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
Faketown - Poova
Fire - Nadhira menampilkan David Cook
Flowers - Razlan Shah
No More - SonaOne
Sons - Russel Curtis Project

LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
Apakah Ini Cinta - Judika
Bertubi-tubi - Krisdayanti
Salahkah - Dato' Rossa & Hafiz Suip
Sumpah dan Cinta Matiku - Nidji
Teroesir (Menunggu Karma) - Nidji

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
Kayangan - Hyper Act
Lebih Indah - Dato' Siti Nurhaliza
Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan
Tenangkan - The Venopian Solitude
Tokan - W.A.R.I.S menampilkan Fiq

ALBUM TERBAIK
#1 - Stacy
Aku - Salamiah Hassan
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
Menakluk Kosmos - Wings
Shila Amzah - Shila Amzah  

Monday 20 October 2014

Dato' Siti Menang 2 Kategori di APM 2014

TAHNIAH DATO' SITI!!!







***************

Dato' Siti turut menjadi penyampai trofi dan membuat persembahan pada malam anugerah...Dato' Siti membuat persembahan secara solo dengan lagu Jaga Dia Untukku, kemudian duet bersama Judika dengan lagu Apakah Ini Cinta, dan terakhir segmen tribute, duet bersama Dato' Rossa dan Aisyah AF2013 dengan lagu Benci Tapi Rindu (Endang S Taurina) & Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini)..

#Anugerah Planet Muzik 2014 diadakan pada 17 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Suntec, Singapura

Monday 26 May 2014

Tahniah! Dato' Siti & Yana Menang Kategori Online ABPBH 2013

pic credited: Rozi Abdul Razak, Yana Samsudin

*super duper congrats to Stacy Angie menang berganda kategori utama #PenyanyiWanitaPopular & #ArtisDuoBerkumpulanPopular (dgn Akim Ahmad)

Monday 3 February 2014

[Artikel] Dunia pertempuran Stacy

Oleh: Yanie Baharom

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini, jika mengkhusus pada konsep pentas, teknikal dan persembahan, ia berjaya mewujudkan dunia seiring tema acara iaitu 'Game On'.

Namun, apabila bercakap soal penampilan selebriti, sekali lagi Moda harus jujur mengatakan kebanyakan mereka memilih pendekatan selamat dan hal ini turut dipersetujui oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Menurut Hatta, tema permainan video seperti PS3 mahupun PS4 sebenarnya sudah tidak lagi 'In'. Bagaimanapun, dia mengakui mutu dan kualiti penataan cahaya tidak boleh disangkal kerana cukup hebat.

"Dari segi penampilan selebriti, saya tidak nampak ada yang betul-betul menepati tema 'Game On'. Mungkin mereka lebih selesa mengambil langkah selamat sedangkan ia boleh mengambil inspirasi daripada pelbagai permainan video seperti Street Fighter atau ikon permainan video terhebat untuk diketengahkan dalam penggayaan mereka.

"Apapun saya memuji penampilan dan persembahan Stacy kerana dia faham konsep. Saya suka persembahan Stacy kerana dia membawa penonton ke dunia pertempuran dengan angkatan penari seolah tentera yang sering dapat kita saksikan dalam permainan video.

"Bagi saya biarlah konsep tema hanya pada pentas montaj dan konsep AJL28 malam itu," katanya mereka pakaian Hafiz Suip malam itu.

Berkongsi sedikit informasi berhubung kostum yang disarungkan Stacy yang mempertaruhkan lagu Bosan pada malam itu, dia mengambil inspirasi daripada permainan video Resident Evil: Retribution. Stacy sendiri menghendaki pakaiannya direka seperti kostum yang dipakai ikon permainan video itu, Alice juga watak yang dibawakan Mila Jovavich.

Direka khas oleh penata gaya terkenal, Yanna Husin, khabarnya kostum asal yang ditempah dari luar negara tidak dapat disiapkan sebelum AJL lalu mendesak Yanna mereka sendiri pakaian itu. Manakala, pakaian untuk angkatan penari zombie yang mengiringi Stacy pula direka khas oleh bekas wartawan yang kini giat berkecimpung dalam dunia penataan gaya, Faizal Harun.

Khabarnya, kos penghasilan kostum Stacy dan penari cukup mahal kerana ia menggunakan metal.

sumber: keratan Akhbar Harian Metro (RAP), 03 Februari 2014, Isnin

pic credited: budiey.com

Tuesday 28 January 2014

[Artikel] Dengarnya... Yana menangis kerana Black

Oleh: Normah Becok


Dalam lautan manusia yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, kelmarin, Cik Normah perhatikan, ramai penonton menitiskan air mata gara-gara rangkaian lagu yang dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-28, yang membariskan beberapa karya menyentuh perasaan.

Satu daripada lagu berkenaan ialah lagu Takkan Terpisah nyanyian Black. Apabila penyanyi lelaki berkenaan menghayati lagu terbabit ketika muncul di pentas, ia turut membuatkan air mata aktres, Yana Samsudin, menitis.

Gemersik vokal dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Black, yang muncul solo di atas pentas, agaknya tajam menyentuh hati Yana, sehingga membuatkan wanita popular itu menangis tatkala menghayati bait-bait lirik puitisnya.

"Lagu itu terlalu indah dan saya dapat rasakan betapa dalam cintanya, malah Black nyata menyampaikan lagu itu umpama satu ikrar untuk yang tersayang," kata Yana.

Selepas Relaku Pujuk beberapa tahun lalu, kali ini Takkan Terpisah pula membuatkan air matanya berguguran, akui Yana.

Reaksi spontan Yana, yang turut menjadi pengacara permaidani merah bersama Aidid Marcello dan Hani Hatim, mendapat maklum balas yang pelbagai daripada peminat di Twitter.


sumber: Akhbar Berita Harian (HIP), 28 Januari 2014, Selasa

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING