sitiangie

sitiangie

Wednesday, 27 April 2011

[Artikel] Lagu buat bekas kekasih


“ALHAMDULILLAH saya berpuas hati melihat semuanya berjaya dihasilkan. Setidak-tidaknya saya tahu di mana kemampuan dan kebolehan saya sebagai seorang anak seni yang masih baru,” katanya yang tetap menjadikan trio KRU sebagai inspirasi dan ilhamnya.

Adam 4 yang kini sudah berada di pasaran mempertaruhkan 10 lagu yang mana lima daripada lagu baru dan selebihnya versi instrumental. Semua lima lagu yang dimuatkan adalah hasil nukilan anak muda ini sendiri.

Lagu Boleh Bah Kalau Kau diangkat sebagai peluru pertamanya. Adam yakin album ini memberikan satu kelainan dan lebih kepuasan kepada semua peminatnya.

"Saya bersyukur kerana akhirnya dapat memegang album ini sendiri. Semuanya adalah pilihan saya. Baik daripada pilihan lagu, muzik dan melodi, hinggalah kepada rekaan kulit album, semuanya sentuhan saya sendiri.

"Justeru, saya mengandaikan album ini adalah sesuatu yang cukup istimewa dan peribadi. Alhamdulillah KRU juga mempercayai karya ciptaan saya dan sentiasa menyokong daripada belakang.

“Saya hanya mengharapkan usaha dan penat lelah ini tidak sekali dipandang remeh. Moga peminat akan terus menyokong dan mendapatkan album ini dengan segera,” pintanya.

Meninjau lagu lain yang terkandung dalam Adam 4, mata lebih tertumpu kepada sebuah lagu yang begitu puitis liriknya dan mendalam susunan melodinya.

Menceritakan perasaan cinta dan sayang kepada seorang gadis, dari bait awal hingga ke penghujungnya, lagu Ellena seakan punya simbolik luahan cinta dari jiwa Adam sendiri.

“Jujurnya lagu Ellena adalah bekas kekasih saya. Lagu itu saya tulis ketika peringkat awal mengenali gadis itu yang memang namanya Ellena.

“Namun semuanya dah berakhir. Bagaimanapun kami putus dan hubungan kami masih lagi baik. Lagu Ellena memang bersifat sangat peribadi buat saya dan saya ikhlas mencoret setiap baris liriknya.

“Begitupun, lagu-lagu yang lain juga begitu bermakna kepada saya. Umpamanya Tension, Kau dan Pergilah,” katanya.

Terlanjur bercerita mengenai kekasih, lantas persoalan mengenai ruang cinta dalam jiwanya disogok. Bagai sudah mengagak, Adam tersenyum.

“Saya tidak ada kekasih buat masa ini dan masih sibuk mencari teman. Bukan serik atau terlalu kecewa sebaliknya saya tiada masa untuk meninjau teman yang serasi dengan hati saya. Namun kerja dan rutin harian membataskan diri untuk keluar bersosial dan bergaul.

“Saya memang inginkan seorang wanita yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Saya akui yang rutin kerja dan komitmen saya terhadap seni membuatkan orang cepat bosan.

“Justeru saya mengimpikan seorang teman yang benar-benar menerima saya dan kerjaya saya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh dan rezeki, saya akan berkongsi perkembangan cinta dengan peminat nanti,” katanya yang mengakui pernah menjalin hubungan cinta sebanyak tiga kali sebelum ini.


Adam yang pernah membintangi filem Diva, Main-Main Cinta, Cinta Fotokopi dan bakal muncul dengan Apokalips dan Dimensi Cinta tahun ini turut melihat segala perkembangan seni pada perspektif berbeza.

Jejaka yang gemar tersenyum ini sedang membina empayar seninya sendiri. Enggan khayal dalam kamar popularitinya sebagai penyanyi, Adam mula mencatur langkah bagi melebarkan jenamanya ke arah lapangan perniagaan pula.

“Memang sudah lama saya gerakkan langkah menjadi usahawan. Aico Empire Group adalah titik permulaan buat saya menguruskan beberapa penyanyi iaitu VIP dan Shima Ramli. Malah, sebelum ini saya pernah berpeluang menerbitkan sebuah telefilem berjudul Wira Malam,” katanya yang pernah muncul dalam siri muzikal Hotel Mania.



sumber: Akhbar Harian Metro

2 comments:

  1. HUHUHU..BERBUNGA2 HATI2 WANITA2 KAT mALAYSIA NI BACA CITER NIH.. JUJUR BETUL ADAM

    ReplyDelete
  2. Itulah kan, hehehe..... hati sape la yg tak cair kalau tgk Adam nih =P

    ReplyDelete

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING