sitiangie

sitiangie

Saturday 2 April 2011

Stacy dalam Majalah AKSI (edisi AF9 2011)


pin up Stacy



********
Akademi Fantasia musim terakhir... Apa kata Stacy & Shahir
 

Stacy (Juara AF6):
Secara jujurnya Stacy agak setuju apabila mendengar bahawa Akademi Fantasia yang ke-9 ini merupakan yang terakhir dalam sejarah penganjuran AF. Tetapi setelah difikirkan semula, adalah wajar ianya berakhir. Sepertimana yang diketahui ramai, sudah terlalu ramai bakat-bakat yang lahir dari program ini. Ada yang menyanyi, berlakon, mengacara dan juga bergelar usahawan berjaya. Malah yang menjadi juaranya telahpun mencecah angka lapan orang. Jika dilihat kepada format rancangan AF ini sendiri yang diadakan saban tahun, peluang untuk juara musim sebelumnya menempa nama dalam industri hiburan adalah terlalu singkat.  Maklumlah, juara bersilih ganti. Bagi Stacy sendiri, satu tahun bukanlah jangka masa yang panjang untuk mula dikenali & bertapak dalam industri hiburan di Malaysia ini berikutan persaingan dari bintang realiti yang lain. Andaikata Akademi Fantasia berhasrat untuk meneruskan lagi program ini, mungkin ianya boleh diadakan selang dua atau tiga tahun sekali. Barulah ianya lebih dinanti-nanti dan juaranya juga berpeluang untuk menyerlahkan bakatnya ke tahap lebih tinggi.

Shahir (Juara AF8):
Walaupun baru setahun bergelar juara AF, Shahir agak terkilan dengan keputusan untuk memberhentikan rancangan yang memberi seribu kenangan buat Shahir ini. Cuma dengan berakhirnya program ini, maka tertutuplah peluang bakat-bakat terpendam di luar sana untuk bergelar bintang kelahiran Astro. Jika sebelum ini Akademi Fantasia banyak melahirkan bintang-bintang yang serba boleh dan berkualiti, kini ianya hanya menjadi sejarah sahaja. Walaupun merasakan ianya bukan tindakan yang wajar, tetapi bagi Shahir, melihat pada satu sudut yang positif biarlah ada sebuah lagi program baru lepas AF ini yang boleh mencetus fenomena setanding AF. Mungkin ramai yang beranggapan Shahir boleh menarik nafas lega berikutan akan ada hanya seorang sahaja lagi juara selepas ini. Tanggapan itu tidak berasas sama sekali. Jika dilihat dari sudut persaingan, ianya tidak pernah habis sekalipun AF sudah ternoktah. Lihat sahaja berapa banyak program realiti selain AF yang ada di Malaysia kini. Namun, siapapun yang mereka lahirkan, Shahir tetap akan terimanya sebagai satu persaingan sihat.

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING