sitiangie

sitiangie

Friday 1 April 2011

Dato' Siti Nurhaliza 16 Tahun dalam industri seni


Hadirnya mencetuskan fenomena yang amat besar kepada dunia seni tempatan. Keayuan lakunya menambat hati mata yang memandang. Kelembutan tuturnya mengasyikkan setiap yang mendengar. Kemerduan lontarannya membuai hati jiwa yang meminati. Biduanita muda tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Dato' Siti Nurhaliza adalah satu ikon yang cukup besar. Sebanyak mana pujian dan sebesar mana pengiktirafan yang diberikan kepada beliau, sebanyak itu jugalah kritikan, cacian dan kutukan yang dilemparkan kepadanya. Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, tetapi bagi Dato' Siti, ianya tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menghambakan diri sebagai anak seni. Dato' Siti juga mempunyai bilangan peminat fanatik yang begitu ramai. Golongan ini tidak pernah putus asa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Dato' Siti.

Sememangnya Dato' Siti bertuah kerana benteng peminatnya kukuh dan berterusan sehingga ke hari ini. Kejayaan dan kekayaan yang diperoleh oleh Dato' Siti tidak hadir dengan bergolek. Segala yang dimilikinya sekarang adalah hasil usaha keras dirinya dan juga dengan bantuan insan-insan yang disayangi. Disiplin diri dan sikap profesional yang diamalkan dari awal lagi amat disenangi ramai pihak. Sikapnya yang berdidikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya wajar dicontohi oleh artis-artis baru masa kini.

Beliau senantiasa memastikan hubungan baiknya dengan pihak media dan peminat dijaga dan diteruskan kerana merekalah antara yang banyak telah membantunya berada di tahap sekarang. Tiada apa lagi yang harus dibuktikan oleh beliau. Beliau kini berada di liganya yang tersendiri dan tiada yang mampu menggugat kehebatannya. Walaupun pelbagai badai melanda, berkat doa dan hati yang ikhlas, Dato' Siti masih terus utuh hingga ke saat ini. Pastinya, beliau akan terus diingati sebagai salah seorang lagenda muzik tanahair kerana legasi muziknya tidak akan pernah lupus ditelan waktu. Itulah insan seni, Diva Moden Malaysia, satu-satunya DATO' SITI NURHALIZA.

Biarpun kini bergelar usahawan menerusi produk kecantikan SimplySiti, ianya sama sekali tidak membuatkan Dato' Siti melupakan bidang nyanyian. Semoga Dato' Siti terus menyinari industri seni tanahair dengan terus menerbitkan album dan lagu-lagu yang berkualiti... Ramai peminat diluar sana sangat merindui suara emas Dato' Siti menyanyikan pelbagai rangkaian lagu terbaru... diharap juga Dato' Siti terus memajukan produk kecantikan SimplySiti ke pasaran luar.. Amin.

*Tahniah! Dato' Siti... Tahniah, juga buat kak Rozi & warga SNP yang membantu merangka karier seni Dato' Siti dari dulu hingga kini... tak lupa juga buat semua peminat Dato' Siti, teruskan menyokong Dato' Siti...
"KEKAL BERSATU SETIAP WAKTU"
PANAS TERIK HUJAN BADAI, KITA LALUI BERSAMA

2 comments:

  1. hai... entry yang menarik sekali... btw nak share pic siti tu boleh... tQ.. ^^
    LOTS OF LOVE TO DATO SITI NURHALIZA... ♥♥♥

    ReplyDelete
  2. hai.. anna, =)
    thanks ya... boleh jer.. ;)
    love, dato' siti gak.. same2 kita support dct ya.. ^_^

    ReplyDelete

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING