sitiangie

sitiangie

Thursday 28 July 2011

(Lirik) V.I.P - Lagu Sedih



LAGU SEDIH
Lagu / Lirik: Edry Abdul Halim (Edry KRU)

Selalunya haru ku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu membuat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

Dj putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh

Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Ku bukakan stereo... internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Kerna ku kehilanganmu
Ku ulang... kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Sunday 17 July 2011

Dato' Siti menang Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad)

TAHNIAH! DATO' SITI...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Syukur sangat-sangat Dato' Siti menang Anugerah Artis Serantau Paling Popular selama lebih sedekad, rasanya tidak perlu disimpulkan lagi dengan kata-kata sebab kekuatan dan kehebatan Dato' Siti sebagai anak seni sememangnya tiada tandingan mana-mana artis, 10 tahun berturut-turut sangat sukar untuk artis lain mengekalkan prestasi sampai ke tahap ini. Tetapi kemenangan Dato' Siti telah terbukti beliau masih kekal bertahan dengan adanya peminat-peminat yang begitu setia menyokong. Terima kasih Sitizoners yang telah mengundi, kemenangan Dato' Siti kejayaan kita bersama.

special credit: status kak zyee (FB Rozi Abdul Razak) - tq kz
Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 13 tahun berturut-turut memenangi dan beliau dengan sendirinya menarik diri. Anugerah Planet Muzik, 10 tahun berturut-turut (kategori Artis Serantau) dianugerahi dan tidak dibenarkan bertanding lagi dalam kategori. Ia jadi sangat bererti justeru dalam kesediaan dan permintaan, seorang Siti Nurhaliza memberikan bukti dengan usaha gigih segala yang diintai jadi realiti, segala yang diusahakan pasti menjadi rezeki.

Video Ucapan Dato' Siti @ APM 2011


Dato' Siti bersama trofi

Corat-coret Dato' Siti @ APM 2011 (credit to GUA)
* Dato' Siti Nurhaliza membawa anak tirinya, Adib untuk sama-sama berjalan di karpet merah. Ketika ditanya oleh pengacara, Siti memberitahu dia membawa Adib kerana anak kedua Datuk K itu adalah penerbit kepada album Inggerisnya.

* Ramai peminat Siti mengekori penyanyi ini sehingga ke lobi hotel semata-mata untuk merakamkan gambar bersama. Kehadiran peminat ini membuatkan pihak hotel terpaksa menutup pintu berhampiran lif kerana bimbang ada peminat yang terus mengekori Siti hingga ke bilik.

* Berlakunya gangguan bekalan elektrik menyebabkan penonton di rumah tidak dapat menyaksikan ucapan kemenangan Dato' Siti Nurhaliza sebagai Artis Serantau Paling Popular.

Friday 15 July 2011

DiGi Wwwow Awards : TAHNIAH! Stacy...

Tahniah! Stacy kerana telah memenangi DiGi Wwwow Awards bagi kategori Fave Malaysian Female Online Celebrity yang telah berlangsung pada 13 Julai 2011 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sunday 10 July 2011

(Gambar) Dato' Siti Nurhaliza @ Malam Gala SimplySiti

Tempat:
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
Tarikh:
09 Julai 2011 (Sabtu)

Dato' Siti telah memperkenalkan produk terbaru SimplySiti iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition.

Produk terbaru ini akan memberi dua pilihan dan dua gaya buat pengguna yang ingin mendapatkan kesan solekan menarik sempena musim perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Ia hadir dalam pek dan beg eksklusif dengan tiga produk iaitu gincu bibir Gorgeous Lip Color, pemerah pipi Shimmer Blush dan pembayang mata Duo Eye Shadow. Ianya diformulasi khas dengan SPF 15, vitamin E dan minyak jojoba untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kedua-dua produk ini boleh didapati di pasaran mulai awal Ogos ini.





Dato' Siti bersama produk terbaru SimplySiti




photo credit to budiey.com

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING