sitiangie

sitiangie

Wednesday 27 April 2011

[Artikel] Adam dah bebas


TUJUH tahun dirantai, akhirnya bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2), Mohd Aizam Mat Saman atau sapaan komersialnya Adam memberanikan diri untuk melangkah keluar dan terbang sendiri.

Percaya dengan kebolehan diri dan yakin dengan bakat yang ada padanya menjadi kekuatan kepada anak muda kelahiran Sabah ini untuk memperkenalkan sisi baru dirinya.

Adam kini bergerak sendiri tanpa kawalan sesiapa lagi.

Awalnya, dengan pakej lengkap dan limpahan publisiti, ia memberikan laluan mudah kepada anak muda yang lincah dan kacak ini untuk disambar jenama adik-beradik KRU Music Group bagi membina tapak kukuh.

Hari ini, anak sulung daripada empat adik beradik ini sudah bersedia untuk memperkenalkan karya sentuhannya dan tidak lagi terikat dengan pembabitan KRU.

Album terbarunya, Adam 4 adalah bukti kemampuan beliau untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.

“Impian dan angan-angan saya akhirnya tercapai. Formulanya adalah semangat, kesungguhan dan kreativiti untuk memastikan setiap apa yang kita inginkan terlaksana. Adam 4 adalah sebuah album terbaru yang saya sifatkan sebagai sebuah biografi peribadi. Ia eksperimen saya sendiri, tetapi masih mengekalkan identiti saya sebagai seorang penyanyi pop dan ‘dance’.

“Kalau dilihat - tiga album dulu iaitu Adam pada 2005, Adam II dua tahun kemudian dan terakhir, ADAM III dua tahun lalu - semuanya dihasilkan KRU sepenuhnya. Keseluruhan aspek baik dari bentuk lagu, lirik hinggalah kulit album, semuanya dihasilkan KRU. Memang saya tak nafikan KRU sangat bijak menyusun percaturan buat kerjaya saya.

“Bagaimanapun lama-kelamaan, saya mula terfikir untuk cuba berdikari. Mengapa harus duduk menunggu semuanya orang siapkan untuk kita sedangkan kita yang sudah banyak belajar sepatutnya boleh menggerakkannya sendiri? Oleh kerana itu, saya tekad untuk menghasilkan album solo keempat ini secara sendirian dan KRU hanya lebih bertindak sebagai penasihat dari belakang,” katanya.


sumber: Akhbar Harian Metro

[Artikel] Lagu buat bekas kekasih


“ALHAMDULILLAH saya berpuas hati melihat semuanya berjaya dihasilkan. Setidak-tidaknya saya tahu di mana kemampuan dan kebolehan saya sebagai seorang anak seni yang masih baru,” katanya yang tetap menjadikan trio KRU sebagai inspirasi dan ilhamnya.

Adam 4 yang kini sudah berada di pasaran mempertaruhkan 10 lagu yang mana lima daripada lagu baru dan selebihnya versi instrumental. Semua lima lagu yang dimuatkan adalah hasil nukilan anak muda ini sendiri.

Lagu Boleh Bah Kalau Kau diangkat sebagai peluru pertamanya. Adam yakin album ini memberikan satu kelainan dan lebih kepuasan kepada semua peminatnya.

"Saya bersyukur kerana akhirnya dapat memegang album ini sendiri. Semuanya adalah pilihan saya. Baik daripada pilihan lagu, muzik dan melodi, hinggalah kepada rekaan kulit album, semuanya sentuhan saya sendiri.

"Justeru, saya mengandaikan album ini adalah sesuatu yang cukup istimewa dan peribadi. Alhamdulillah KRU juga mempercayai karya ciptaan saya dan sentiasa menyokong daripada belakang.

“Saya hanya mengharapkan usaha dan penat lelah ini tidak sekali dipandang remeh. Moga peminat akan terus menyokong dan mendapatkan album ini dengan segera,” pintanya.

Meninjau lagu lain yang terkandung dalam Adam 4, mata lebih tertumpu kepada sebuah lagu yang begitu puitis liriknya dan mendalam susunan melodinya.

Menceritakan perasaan cinta dan sayang kepada seorang gadis, dari bait awal hingga ke penghujungnya, lagu Ellena seakan punya simbolik luahan cinta dari jiwa Adam sendiri.

“Jujurnya lagu Ellena adalah bekas kekasih saya. Lagu itu saya tulis ketika peringkat awal mengenali gadis itu yang memang namanya Ellena.

“Namun semuanya dah berakhir. Bagaimanapun kami putus dan hubungan kami masih lagi baik. Lagu Ellena memang bersifat sangat peribadi buat saya dan saya ikhlas mencoret setiap baris liriknya.

“Begitupun, lagu-lagu yang lain juga begitu bermakna kepada saya. Umpamanya Tension, Kau dan Pergilah,” katanya.

Terlanjur bercerita mengenai kekasih, lantas persoalan mengenai ruang cinta dalam jiwanya disogok. Bagai sudah mengagak, Adam tersenyum.

“Saya tidak ada kekasih buat masa ini dan masih sibuk mencari teman. Bukan serik atau terlalu kecewa sebaliknya saya tiada masa untuk meninjau teman yang serasi dengan hati saya. Namun kerja dan rutin harian membataskan diri untuk keluar bersosial dan bergaul.

“Saya memang inginkan seorang wanita yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Saya akui yang rutin kerja dan komitmen saya terhadap seni membuatkan orang cepat bosan.

“Justeru saya mengimpikan seorang teman yang benar-benar menerima saya dan kerjaya saya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh dan rezeki, saya akan berkongsi perkembangan cinta dengan peminat nanti,” katanya yang mengakui pernah menjalin hubungan cinta sebanyak tiga kali sebelum ini.


Adam yang pernah membintangi filem Diva, Main-Main Cinta, Cinta Fotokopi dan bakal muncul dengan Apokalips dan Dimensi Cinta tahun ini turut melihat segala perkembangan seni pada perspektif berbeza.

Jejaka yang gemar tersenyum ini sedang membina empayar seninya sendiri. Enggan khayal dalam kamar popularitinya sebagai penyanyi, Adam mula mencatur langkah bagi melebarkan jenamanya ke arah lapangan perniagaan pula.

“Memang sudah lama saya gerakkan langkah menjadi usahawan. Aico Empire Group adalah titik permulaan buat saya menguruskan beberapa penyanyi iaitu VIP dan Shima Ramli. Malah, sebelum ini saya pernah berpeluang menerbitkan sebuah telefilem berjudul Wira Malam,” katanya yang pernah muncul dalam siri muzikal Hotel Mania.



sumber: Akhbar Harian Metro

Tuesday 19 April 2011

Dato' Siti cover Majalah MEDIA HIBURAN (edisi 14 - 22 April 2011)

Nak tahu storynyer... haruslah beli ;-)

 cover MH

 comelnya to' ti....




Baim Wong harap Marshanda bahagia


Bekas kekasih Marshanda, Baim Wong juga turut hadir di majlis resepsi Marshanda & Ben. Ditemani ayahnya Baim menjelaskan dia berasa cukup gembira melihat Marshanda bahagia.

"Saya mendoakan agar hubungan Marshanda dan Ben berkekalan hingga ke anak cucu. Pada awalnya ketika mahu bersalaman dengan Marshanda memang saya rasa berdebar namun kami berpisah secara baik dan tidak pernah ada perasaan dendam. Saya sentiasa berharap dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan kini dia sudah memiliki Ben.

"Saya tidak sedih. Jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. Saya yakin Ben merupakan yang terbaik buat Marshanda," terang Baim.

Thursday 7 April 2011

Dato' Siti ucap tahniah buat Shaheizy Sam

Siti Nurhaliza: Tahniah buat Shaheizy Sam yang cute!


komen Dato' Siti mengenai ABPBH2010:
“Sebagai pemerhati dan penonton, keputusan pada malam itu memang memuaskan. Siti gembira bila ada muka-muka baru menjadi pemenang. Mereka memang layak untuk menang, cuma tinggal rezeki saja dan kali ini rezeki memang berpihak pada mereka.”

komen Dato' Siti mengenai kemenangan Yuna (Penyanyi Wanita Popular) & Shaheizy Sam (Bintang Paling Popular):
"Siti gembira apabila dapat melihat wajah-wajah baru yang memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular iaitu Yuna dan Shaheizy Sam. Orang ramai turut gembira dengan kemenangan tersebut dan Siti rasa tindakan yang Siti lakukan ini amat wajar."

Apabila Dato' Siti diminta mengulas mengenai kenyataan Bintang Paling Popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam yang berterima kasih kepadanya kerana menarik diri:
“Cute la dia. Kenyataan dia juga ‘cute’. Siti dah tengok Sam berlakon sejak dia kecil dan lakonannya memang bagus. Siti juga merupakan antara peminat dia. Bagi Siti, Sam seorang yang sangat merendah diri dan tak berlagak. Tahniah Siti ucapkan kepada dia dan memang dia layak menang Bintang Paling Popular."


photo credit to gua.com.my

Sunday 3 April 2011

Pesona Glam Red


Slogan rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik SimplySiti Sdn Bhd milik Dato' Siti Nurhaliza, Rahsiaku Kini Milikmu... begitu jelas memberi gambaran apa yang ingin dikongsinya. Lebih membanggakan empayar perniagaan yang dilancarkan sejak Mac 2010 mula mempunyai pengikutnya sendiri.

Tidak perlu lagi mencemburui kecantikan yang dimiliki pemegang rekod selama tujuh kali bagi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, kerana kita tahu bagaimana untuk mencari jawapannya. Impian atau angan-angan mahu jadi cantik seperti Dato' Siti bukan sesuatu yang mustahil.

SimplySiti menawarkan pelbagai kelebihan dengan bantuan teknologi nano yang canggih untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada kulit wanita. Teknologi nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus yang didapati dalam semua rangkaian produk yang ditawarkan dibawah label ini.

Dato' Siti:
"Jika mahu bibir yang merah dan mungil, Glam Red menawarkan lima rona merah yang elegan sekali gus dapat menyerlahkan pesona si pemakai. Glam Red dibahagikan kepada dua pecahan iaitu Destinasi Cinta I dan II (berwarna merah cili) dan Debaran Cinta I, II dan III (merah gelap)" [koleksi SimplySiti Glam Red turut dilengkapi dengan pelembap bibir]

kata Dato' Siti lagi.. untuk penumpuan mata, beliau lebih selesa menggunakan Simply Liquid Eye Liner ditambah lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara untuk mata lebih menyerlah. Bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'.

Dato' Siti:
"Untuk melengkapkan wajah, Siti wajib pakai Simply Eye Brow Pencil (Charcoal Brown). Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'.

"Sebagai tambahan, sebelum langkah untuk bibir dan mata, Siti akan menggunakan bedak asas dan krim dasar solekan dari Simply 5 Cream. Untuk hasil yang lebih menawan, Siti juga boleh menggunakan Simply Perfect 2 Way Cake yakni bedak silikon semula jadi yang mengawal minyak dan mengandungi SPF 30".


Cadangan miliki imej moden klasik dengan hasil yang anggun bersama rangkaian kosmetik SimplySiti

1) Gunakan Simply 5 Cream
Mulakan litupan yang menyeluruh dengan Simply 5 Cream. Mengandungi lima faedah merawat, melembap, pelindung UV, krim dasar solekan dan bedak asas.

2) Simply Perfect 2 Way Cake
Litupan yang mengagumkan untuk hasil kelihatan profesional. Bedak Silikon Semula Jadi yang mengawal minyak dan mengawal SPF 30. Bedak padat yang mengawal sebum dan mengurangkan minyak serta mengekalkan warna dan tidak mudah tanggal untuk menghasilkan kulit wajah lebih berseri. Hadir dalam lima warna Light Beige, Natural Beige, Deep Beige, Dark Honey dan Tan.

3) Untuk dapatkan imej moden klasik, solekan muka lebih nude dan simple. Gabungan dua langkah di atas (Simply 5 Cream dan Simply Perfect 2 Way Cake) untuk mendapatkan wajah licin dan berseri (ala porcelain doll).

4) Tumpukan solekan mata sedikit dengan Simply 4 Eye Color Gold Edition, kemudian serlahkan mata dengan Simply Liquid Eye Liner (celak mata lebih gelap dan tebal, sesuai juga untuk membuat celak mata ala Cat's Eyes) kemudian galakkan lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara dan akhiri solekan dengan Simply Gorgeous Lip Color Glam Red Collections.

5) Untuk bibir, gincu koleksi Glam Red Collection menawarkan 5 rona merah Simply Gorgeous Lip Color yakni Destinasi Cinta I & II (rona merah cili) dan Debaran Cinta I, II & III (rona merah gelap, maroon). Juga terdapat pelembap bibir Glam Red Collection sebagai pelengkap gaya.



sumber: Berita Harian

Saturday 2 April 2011

Stacy dalam Majalah AKSI (edisi AF9 2011)


pin up Stacy



********
Akademi Fantasia musim terakhir... Apa kata Stacy & Shahir
 

Stacy (Juara AF6):
Secara jujurnya Stacy agak setuju apabila mendengar bahawa Akademi Fantasia yang ke-9 ini merupakan yang terakhir dalam sejarah penganjuran AF. Tetapi setelah difikirkan semula, adalah wajar ianya berakhir. Sepertimana yang diketahui ramai, sudah terlalu ramai bakat-bakat yang lahir dari program ini. Ada yang menyanyi, berlakon, mengacara dan juga bergelar usahawan berjaya. Malah yang menjadi juaranya telahpun mencecah angka lapan orang. Jika dilihat kepada format rancangan AF ini sendiri yang diadakan saban tahun, peluang untuk juara musim sebelumnya menempa nama dalam industri hiburan adalah terlalu singkat.  Maklumlah, juara bersilih ganti. Bagi Stacy sendiri, satu tahun bukanlah jangka masa yang panjang untuk mula dikenali & bertapak dalam industri hiburan di Malaysia ini berikutan persaingan dari bintang realiti yang lain. Andaikata Akademi Fantasia berhasrat untuk meneruskan lagi program ini, mungkin ianya boleh diadakan selang dua atau tiga tahun sekali. Barulah ianya lebih dinanti-nanti dan juaranya juga berpeluang untuk menyerlahkan bakatnya ke tahap lebih tinggi.

Shahir (Juara AF8):
Walaupun baru setahun bergelar juara AF, Shahir agak terkilan dengan keputusan untuk memberhentikan rancangan yang memberi seribu kenangan buat Shahir ini. Cuma dengan berakhirnya program ini, maka tertutuplah peluang bakat-bakat terpendam di luar sana untuk bergelar bintang kelahiran Astro. Jika sebelum ini Akademi Fantasia banyak melahirkan bintang-bintang yang serba boleh dan berkualiti, kini ianya hanya menjadi sejarah sahaja. Walaupun merasakan ianya bukan tindakan yang wajar, tetapi bagi Shahir, melihat pada satu sudut yang positif biarlah ada sebuah lagi program baru lepas AF ini yang boleh mencetus fenomena setanding AF. Mungkin ramai yang beranggapan Shahir boleh menarik nafas lega berikutan akan ada hanya seorang sahaja lagi juara selepas ini. Tanggapan itu tidak berasas sama sekali. Jika dilihat dari sudut persaingan, ianya tidak pernah habis sekalipun AF sudah ternoktah. Lihat sahaja berapa banyak program realiti selain AF yang ada di Malaysia kini. Namun, siapapun yang mereka lahirkan, Shahir tetap akan terimanya sebagai satu persaingan sihat.

Shahir dalam Majalah MASKULIN (edisi April 2011)

cover depan Khairul Fahmi








Friday 1 April 2011

Dato' Siti Nurhaliza 16 Tahun dalam industri seni


Hadirnya mencetuskan fenomena yang amat besar kepada dunia seni tempatan. Keayuan lakunya menambat hati mata yang memandang. Kelembutan tuturnya mengasyikkan setiap yang mendengar. Kemerduan lontarannya membuai hati jiwa yang meminati. Biduanita muda tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Dato' Siti Nurhaliza adalah satu ikon yang cukup besar. Sebanyak mana pujian dan sebesar mana pengiktirafan yang diberikan kepada beliau, sebanyak itu jugalah kritikan, cacian dan kutukan yang dilemparkan kepadanya. Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, tetapi bagi Dato' Siti, ianya tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menghambakan diri sebagai anak seni. Dato' Siti juga mempunyai bilangan peminat fanatik yang begitu ramai. Golongan ini tidak pernah putus asa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Dato' Siti.

Sememangnya Dato' Siti bertuah kerana benteng peminatnya kukuh dan berterusan sehingga ke hari ini. Kejayaan dan kekayaan yang diperoleh oleh Dato' Siti tidak hadir dengan bergolek. Segala yang dimilikinya sekarang adalah hasil usaha keras dirinya dan juga dengan bantuan insan-insan yang disayangi. Disiplin diri dan sikap profesional yang diamalkan dari awal lagi amat disenangi ramai pihak. Sikapnya yang berdidikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya wajar dicontohi oleh artis-artis baru masa kini.

Beliau senantiasa memastikan hubungan baiknya dengan pihak media dan peminat dijaga dan diteruskan kerana merekalah antara yang banyak telah membantunya berada di tahap sekarang. Tiada apa lagi yang harus dibuktikan oleh beliau. Beliau kini berada di liganya yang tersendiri dan tiada yang mampu menggugat kehebatannya. Walaupun pelbagai badai melanda, berkat doa dan hati yang ikhlas, Dato' Siti masih terus utuh hingga ke saat ini. Pastinya, beliau akan terus diingati sebagai salah seorang lagenda muzik tanahair kerana legasi muziknya tidak akan pernah lupus ditelan waktu. Itulah insan seni, Diva Moden Malaysia, satu-satunya DATO' SITI NURHALIZA.

Biarpun kini bergelar usahawan menerusi produk kecantikan SimplySiti, ianya sama sekali tidak membuatkan Dato' Siti melupakan bidang nyanyian. Semoga Dato' Siti terus menyinari industri seni tanahair dengan terus menerbitkan album dan lagu-lagu yang berkualiti... Ramai peminat diluar sana sangat merindui suara emas Dato' Siti menyanyikan pelbagai rangkaian lagu terbaru... diharap juga Dato' Siti terus memajukan produk kecantikan SimplySiti ke pasaran luar.. Amin.

*Tahniah! Dato' Siti... Tahniah, juga buat kak Rozi & warga SNP yang membantu merangka karier seni Dato' Siti dari dulu hingga kini... tak lupa juga buat semua peminat Dato' Siti, teruskan menyokong Dato' Siti...
"KEKAL BERSATU SETIAP WAKTU"
PANAS TERIK HUJAN BADAI, KITA LALUI BERSAMA

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING