Mengakui cintakan muzik tradisional seperti yang ditunjukkan ketika bermain Santur, Sami memuji Datuk Siti Nurhaliza yang bergandingan dengannya menerusi lagu You Came To Me.
"Siti bukan saja mempunyai suara yang bagus, bahkan turut mempunyai personaliti menarik. Dia wanita sejati yang patut dibanggakan Malaysia dan negara Asia Tenggara.
"Identitinya buat semua orang bangga. Kita perlukan dia sebagai simbol perpaduan di antara semua. Saya gembira dapat bekerjasama dengan dia. Saya sangat menghormati dia," katanya.
Tidak terlepas Sami melahirkan perasaan simpatinya terhadap Siti yang dikecam hebat gara-gara muzik video mereka yang dimuatkan dalam YouTube.
"Pada saya muzik video itu tetap memberi impak dan mesejnya sampai kepada peminat. Ia tak perlu unsur flamboyan kerana yang penting ialah mesejnya. Kasihan Siti kerana jadi mangsa. Dia langsung tidak bersalah. Tuhan tahu segalanya. Siapa kita nak menilai dan menghukum.
"Saya sangat terbuka dalam perkara ini kerana yang penting ialah mesej yang disampaikan," katanya mengakui suka menampilkan pembaharuan dalam albumnya termasuk berduet dengan Siti dan mungkin menyanyi dalam bahasa Melayu.
sumber: petikan dari keratan akhbar Harian Metro, Khamis (12 Julai 2012)
*****************
"Sebagai manusia, seharusnya kita merenung diri kita sebelum menghentam atau mengkritik orang lain. Tiada manusia yang sempurna kerana dosa pahala semuanya ditentukan oleh Allah SWT.
"Bagi saya, apa yang ingin kami lakukan menerusi lagu itu sudah tercapai. Insya-Allah, saya sendiri mahu bekerjasama lagi dengan Siti Nurhaliza selepas ini seandainya diberi peluang," katanya.
sumber: petikan dari keratan akhbar Utusan Malaysia, Jumaat (13 Julai 2012)
No comments:
Post a Comment