ZAPIN BERNASIB
Lagu / Lirik: Copyright Controlled
Berdahan condong limau kasturi
Daun selasih hamba lurutkan
Tinggallah kampung tinggal negeri
Kerana kasih hamba turutkan
Buah bidara didalam puan
Dari kota dibawa orang
Sebak didada mengenang tuan
airmata jatuh berlinang
Hendak dirajuk pada siapa
Hendak mengadu orang tak sudi
Sedihnya hati tidak terkira
Kasih junjungan tidak peduli
Tuan umpama kain sutera
Hamba belacu tidak berseri
Tidak boleh diganding bersama
Kabur seri rosaklah nilainya
Baiknya benih padi seberang
Sayangnya lalang tumbuh melata
Sakit berkasih hamba seorang
Badan terbuang hidup derita
Masamnya nenas kari permatang
Daun pandan tidak berduri
Mengharap panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Apalah guna kita bercinta
Siang malam merintih menanti
Apalah guna kita bersama
Diri terbuang orang tak sudi
Redhalah andai jiwa derita
Esok mungkin tak lagi begini
Redhalah andai bercerai cinta
Kalau itu ketentuan budi
No comments:
Post a Comment