sitiangie

sitiangie

Tuesday 6 September 2011

Dato' Siti puas hati tonton filem Hantu Bonceng


Penyanyi nombor satu negara dan juga usahawan terkemuka, Dato’ Siti Nurhaliza telah meluangkan masa untuk menonton filem terbaru arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng, di GSC Pavilion, malam tadi.

Siti Nurhaliza yang kini cukup popular dengan single Inggeris terbaru, Falling In Love, telah meluangkan masa bersama-sama suami tercinta, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, menonton Hantu Bonceng untuk tayangan lewat malam, sekitar 1250 tengah malam, bersama-sama lebih 150 penonton yang memenuhi pawagam berkenaan.

Seusai menonton Hantu Bonceng, Siti diminta memberi pendapat mengenai filem berkenaan. Katanya, “Yang pasti ianya sebuah filem yang tidak membosankan dengan jalan cerita yang menarik. Walaupun menonton lewat malam, saya masih ketawa dan menyukai Hantu Bonceng ini.”

Hantu Bonceng kini mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila kutipannya mencecah RM 1.8 juta apabila ditayangkan selama dua hari dan telah ditonton hampir 200 000 penonton, seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Bagi Ahmad Idham, selaku pengarah Hantu Bonceng, dia berkata, “Kehadiran Dato’ Siti bersama-sama suami untuk menonton, merupakan satu penghormatan buat saya dan warga kerja Hantu Bonceng.”

“Ianya juga menjadi bukti, penyanyi nombor satu negara juga menyokong produk filem tempatan amnya dan Hantu Bonceng, khususnya, dan ianya juga membuktikan warga seni tempatan, samada penyanyi juga pelakon, bersama-sama dalam mencapai inspirasi membentuk masyarakat yang sayangkan nilai seni,” tambah Idham lagi.

Selain itu, tinjauan di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur, juga maklumat dari pengurus pawagam di seluruh Malaysia, terdapat ramai penonton yang hampa kerana tiket-tiket Hantu Bonceng telah habis sejak awal pada hari tayangan.

Pesan Dato’ Siti kepada mereka yang belum menonton, “ Pergilah menonton Hantu Bonceng, kerana ianya sebuah filem komedi mempunyai mesej yang bagus, bukan gelak kosong semata-mata,” ujarnya selepas menonton Hantu Bonceng malam tadi.

Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid, sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.



sumber: budiey.com

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING