sitiangie

sitiangie

Wednesday 21 September 2011

Bini - Biniku Gangster kisah sebenar seorang isteri


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

Dari bidang pengarahan hingga ke bidang lakonan, Yana Samsudin kini mencuba nasibnya dalam bidang penulisan skrip apabila hasil tulisannya itu berjaya diangkat ke dalam sebuah filem iaitu berjudul Bini-Biniku Gangster.

Yana Samsudin bukan sahaja menjadi penulis asal skrip filem aksi komedi tersebut, malah turut membintangi serta menjadi peneraju utama bersama dua pelakon utama lain iaitu Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.

Apa yang pasti, Yana berkata, dia sama sekali tidak menyangka akhirnya skrip yang ditulis secara suka-suka sejak tahun 2007 itu telah berjaya dipindahkan ke dalam sebuah filem dan akan ditayangkan mulai 22 September 2011.

"Sebenarnya skrip asal filem ini saya tulis ketika saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi iaitu kira-kira 4 tahun lalu. Namun setelah saya pendam terlalu lama, saya menanam keinginan untuk realisasikan skrip yang saya tulis ini.

"Saya berjumpa dengan penulis skrip filem Gangster iaitu Fadzil Bahri Zahari untuk mencantikan lagi skrip ini supaya ianya menjadi filem aksi yang menarik. Yelah saya pun baru pertama kali menulis skrip filem, jadi banyak perkara yang perlu saya pelajari.

"Alhamdulillah setelah berbincang dan mengolah semula skrip asal saya, saya pun cadangkan ke pihak MIG. Selepas tidak berapa lama pihak MIG menilai, skrip saya pun diterima," jelasnya yang ditemui selepas prebiu Bini-Biniku Gangster di Cineilesure Curve, malam semalam.

Menurut Yana lagi, idea skripnya itu adalah inspirasi daripada kisah benar seorang isteri yang membenarkan suaminya berkahwin dengan seorang perempuan lain.

"Tak perlulah saya beritahu siapa perempuan itu. Tetapi ketika mendegar ceritanya, saya bagai tak percaya wujudnya isteri yang terlalu baik sepertinya sehingga merelakan suami berkahwin lagi hanya kerana dia tidak dapat memberikan zuriat.

"Jadi saya kupas kisahnya dan olah menjadi sebuah cerita yang lebih menarik. Saya jadikan watak isteri itu bukan seperti isteri biasa tetapi sebaliknya seorang ahli gangster apabila suami keluar bekerja," katanya kepada murai.com.my.

Bini-Biniku Gangster yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim, mengisahkan seorang suami yang telah mengahwini dua orang isteri daripada ketua kumpulan gangster yang bermusuhan. Sang suami tidak mengetahui mengenai latar belakang sebenar kedua-dua isterinya itu.

Jadi isterinya akan berperang hanya di belakang suaminya saja. Mereka tidak mahu berdamai sehingga tiba-tiba suaminya hilang. Siapakah dalang disebaliknya? Saksikan rungkaian kisahnya di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 September 2011.


sumber: murai.com.my

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING