Dia enggan memikirkan soal berpacaran. Malah, jauh sekali hendak memburu cinta baru dalam waktu ini. Keutamaan, hanya didedikasikan kepada karier. Itu pasti!
Kesibukan melatari jadual sebagai anak seni, Stracie Angie Anam atau Stacy bagaimanapun tidak terdaya melawan penurunan kondisi kesihatan sejak sebulan lalu. Wanita berusia 22 tahun itu diberitakan oleh doktor mengalami jangkitan pada tekak. "Buat masa ini, saya lebih banyak berehat di rumah kalau tiada sebarang kerja. Masalah tekak ini menyebabkan suara saya bertukar serak. Begitupun, saya masih menjayakan undangan nyanyian seperti biasa." Waktu sama, Stacy bakal terlibat dalam penggambaran video muzik terbaru, Pelangi Senja tidak lama lagi. Sedikit sepi dari laman seni, dia sebaliknya terharu kerana meraih dua pencalonan - Penyanyi Wanita Popular dan Artis Wanita Popular Menerusi Talian pada kemuncak Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011). Disogok pertanyaan status diri, Stacy yang sedang popular dengan single, Kasanova mengaku sedang melewati frasa bebas hidup bersendirian tanpa sang kekasih. Tidak mencuri waktu lama, Stacy menjelaskan, dia enggan memikir soal berpacaran. "Saya tidak mencari cinta. Lagipun, banyak benda kena dilakukan berbanding menjalinkan percintaan. Sejujurnya, saya bahagia dengan kehidupan sekarang!"
1. Koleksi kasut... Banyak. Buat masa ini, saya lebih suka menyarung kasut jenama Charles & Keith sebab ia selesa dan punya kualiti tersendiri.
2. Tangani kesedihan... Tidak terlalu fikir sangat kala bersedih. Nasib baik, saya ada sepupu yang tinggal di Kuala Lumpur. Saya terus ajak mereka lakukan perkara menarik!
3. Tangisan terakhir... Tidak ingat. Betul. Lama sungguh saya tidak menangis!
4. ABP2011... Berada dalam kedudukan lima calon akhir sudah membuatkan saya gembira. Ini dianggap sebagai rezeki. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan!
5. Lagu kegemaran... Sedang leka dengar lagu Katy Perry yang berjudul The One That Got Away. Dan kalau cakap lagu tempatan, sudah pasti saya suka lagu sendiri, Pelangi Senja.
6. Artis gandingan... Saya teringin hendak berduet dengan Anita Sarawak. Terus terang, saya kagumi suara dan gaya penghibur itu kala buat persembahan. Penuh energetik!
No comments:
Post a Comment