sitiangie

sitiangie

Wednesday, 14 December 2011

Dokumentari "Siti Nurhaliza" dedah rahsia Siti


Sebuah dokumentari khas berjudul "Siti Nurhaliza" bakal disiarkan di Saluran History (Astro 555) pada 11 Januari 2012, bersempena ulangtahun kelahiran ke-33 penyanyi nombor satu negara itu.

Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd., dokumentari sepanjang 1 jam itu bakal membawa penonton menyusur perjalanan kerjaya Siti sekaligus mendekati sisi lain pelantun lagu Biarlah Rahsia itu.

Info:-
# Antara yang diwawancara dalam dokumentari itu termasuk Rozi Abdul Razak yang juga pengurus dan kakak ipar kepada penyanyi itu, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan Michael Ong (pereka fesyen terkenal).

# Dokumentari tersebut menceritakan kehidupan Siti sewaktu zaman kanak-kanak sehingga berjaya sebagai seorang penyanyi yang telah menerima pelbagai anugerah dan usahawanita terkenal.

# Personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut mendedahkan yang Siti pernah menghadiri ujibakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

# Penerbit filem Pisau Cukur iaitu Lina Tan dan pengarah filem tersebut, Bernard Chauly turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari itu.


Jangan lupa saksikan Dokumentari "Siti Nurhaliza" yang bakal disiarkan di Saluran History (Astro 555) pada 11 Januari pukul 10 malam.


sumber: gua.com.my

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING