sitiangie

sitiangie

Wednesday 12 October 2011

Hilangnya Sebutir Bintang Datuk Ahmad Jais

Salam semua yg sudi singgah di blog una, smoga kalian sihat dan ceria dihari2 yg kita semua lalui seharian...
ok, disini una ingin mencuri masa sekejap, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Ahmad Jais yg telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Oktober 2011..
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Al-Fatihah.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham...


****
Legenda emas tinggal kenangan



Penyanyi Datuk Ahmad Jais, 75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.30 pagi, Selasa. Jenazah Allahyarham telah dimandikan dan dikafankan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk urusan pengebumian selepas solat Zuhur.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Dengan pemergian Allahyarham ke Rahmatullah, ternyata ia adalah satu kehilangan yang cukup besar dalam industri seni tanah air.



Penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sebagai anak seni yang sama-sama berjuang dengannya, pemergian Ahmad Jais amat dirasai.

"Saya pernah menjayakan beberapa persembahan bersama arwah dan menyifatkan beliau seorang individu yang ceria dan gembira. Tidak pernah saya melihat dia dalam 'mood' yang tak baik sebaliknya muncul dengan wajah riang. Seorang yang mesra dan mudah didekati.

"Malah, arwah juga seorang yang sentiasa menjaga penampilannya. Setiap kali muncul dipentas, beliau pasti tampil kemas dalam gaya tersendiri. Kali terakhir saya bersua serta beraksi di pentas sama dengannya sekitar Jun lalu.

"Saya kagum kerana arwah anak seni sejati yang aktif dalam bidang seni sepanjang hayatnya.

"Saya yakin dengan keikhlasan dan ketelusan arwah menghiburkan masyarakat, beliau disayangi ramai orang dan peminat yang sentiasa menyokongnya," katanya.

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING