sitiangie

sitiangie

Monday, 31 October 2011

(Lirik) Shahir - Pendam



PENDAM
Lagu / Lirik: Sham Kamikaze

Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Aku yang mengejar bayang cinta


Wednesday, 19 October 2011

11 Soalan menarik Dato' Siti Nurhaliza


1. Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail (bapa)?
Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapa nampak garang tetapi sangat sensitif dan senang menangis. Suami pula seorang yang pemurah dan ada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti.

2. Apa seronoknya menjadi Siti Nurhaliza semasa menjual kuih dan Siti Nurhaliza seorang penyanyi?
Seronok masa jual kuih apabila kuih tu laku terutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masa tu la Siti “asah” vokal dengan menjerit “kuih…kuih…”. Ketika menjadi penyanyi Siti mendapat layanan istimewa dan berjaya pergi ke merata tempat yang Siti tak pernah pergi serta boleh menghiburkan orang.

3. Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun?
Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menari seorang diri. Masa zaman sekolah, Siti suka bergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokok dan naik basikal.

4. Siti Nurhaliza pada usia 55 tahun?
Nak jadi wanita yang ada anak antara dua hingga tiga orang serta ahli perniagaan wanita yang berjaya. Yang paling penting sihat tubuh badan.

5. Apa hebatnya kereta pertama Siti, Proton Aeroback?
Itulah kereta yang banyak berjasa. Kereta itulah yang bawa Siti seluruh Semenanjung Malaysia. Kereta tu Siti beli hasil duit titik peluh Siti selepas kejayaan album pertama Jerat Percintaan.

6. Bilakah air mata terakhir Siti?
Awal tahun ni kalau tak silap. Siti menangis tengok Australian Junior Master Chef. Kagum dengan budak-budak dalam rancangan tu.

7. Perkataan apa yang terkesan dalam kalbu?
Kata-kata daripada suami dan pesan arwah abah.

8. Nombor pilihan Siti. Kenapa?
Pertama, nombor 111 kerana tarikh lahir Siti iaitu11 Januari. Kedua pula nombor 38 iaitu kombinasi nombor Siti dan Datuk K. Nombor yang kami rasakan membawa tuah.

9. Menunggang kuda, membonceng motosikal yang mana akan dipilih?
Menunggang kuda Siti memang tak pernah cuba tetapi yang paling Siti suka tentulah membonceng motosikal he...he...

10. Paling lewat melelapkan mata, paling awal terjaga tidur?
Kalau banyak aktiviti pukul 3 pagi baru Siti tidur dan pernah juga Siti terjaga sekitar pukul 3 pagi untuk ke bilik air.

11. Duit! Paling banyak dalam dompet, paling sikit dalam poket?
Paling banyak Siti bawa RM1,000 dalam dompet. Tapi sekarang dah ada kad debit dan kad kredit, Siti tak amalkan dah bawa duit banyak. Paling sikit yang ada dalam poket ialah 50 sen. Tu pun masa zaman sekolah rendah.


sumber: mStar Online

Wednesday, 12 October 2011

Hilangnya Sebutir Bintang Datuk Ahmad Jais

Salam semua yg sudi singgah di blog una, smoga kalian sihat dan ceria dihari2 yg kita semua lalui seharian...
ok, disini una ingin mencuri masa sekejap, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Ahmad Jais yg telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Oktober 2011..
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Al-Fatihah.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham...


****
Legenda emas tinggal kenangan



Penyanyi Datuk Ahmad Jais, 75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.30 pagi, Selasa. Jenazah Allahyarham telah dimandikan dan dikafankan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk urusan pengebumian selepas solat Zuhur.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Dengan pemergian Allahyarham ke Rahmatullah, ternyata ia adalah satu kehilangan yang cukup besar dalam industri seni tanah air.



Penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sebagai anak seni yang sama-sama berjuang dengannya, pemergian Ahmad Jais amat dirasai.

"Saya pernah menjayakan beberapa persembahan bersama arwah dan menyifatkan beliau seorang individu yang ceria dan gembira. Tidak pernah saya melihat dia dalam 'mood' yang tak baik sebaliknya muncul dengan wajah riang. Seorang yang mesra dan mudah didekati.

"Malah, arwah juga seorang yang sentiasa menjaga penampilannya. Setiap kali muncul dipentas, beliau pasti tampil kemas dalam gaya tersendiri. Kali terakhir saya bersua serta beraksi di pentas sama dengannya sekitar Jun lalu.

"Saya kagum kerana arwah anak seni sejati yang aktif dalam bidang seni sepanjang hayatnya.

"Saya yakin dengan keikhlasan dan ketelusan arwah menghiburkan masyarakat, beliau disayangi ramai orang dan peminat yang sentiasa menyokongnya," katanya.

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING