sitiangie

sitiangie

Sunday 17 July 2011

Dato' Siti menang Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad)

TAHNIAH! DATO' SITI...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Syukur sangat-sangat Dato' Siti menang Anugerah Artis Serantau Paling Popular selama lebih sedekad, rasanya tidak perlu disimpulkan lagi dengan kata-kata sebab kekuatan dan kehebatan Dato' Siti sebagai anak seni sememangnya tiada tandingan mana-mana artis, 10 tahun berturut-turut sangat sukar untuk artis lain mengekalkan prestasi sampai ke tahap ini. Tetapi kemenangan Dato' Siti telah terbukti beliau masih kekal bertahan dengan adanya peminat-peminat yang begitu setia menyokong. Terima kasih Sitizoners yang telah mengundi, kemenangan Dato' Siti kejayaan kita bersama.

special credit: status kak zyee (FB Rozi Abdul Razak) - tq kz
Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 13 tahun berturut-turut memenangi dan beliau dengan sendirinya menarik diri. Anugerah Planet Muzik, 10 tahun berturut-turut (kategori Artis Serantau) dianugerahi dan tidak dibenarkan bertanding lagi dalam kategori. Ia jadi sangat bererti justeru dalam kesediaan dan permintaan, seorang Siti Nurhaliza memberikan bukti dengan usaha gigih segala yang diintai jadi realiti, segala yang diusahakan pasti menjadi rezeki.

Video Ucapan Dato' Siti @ APM 2011


Dato' Siti bersama trofi

Corat-coret Dato' Siti @ APM 2011 (credit to GUA)
* Dato' Siti Nurhaliza membawa anak tirinya, Adib untuk sama-sama berjalan di karpet merah. Ketika ditanya oleh pengacara, Siti memberitahu dia membawa Adib kerana anak kedua Datuk K itu adalah penerbit kepada album Inggerisnya.

* Ramai peminat Siti mengekori penyanyi ini sehingga ke lobi hotel semata-mata untuk merakamkan gambar bersama. Kehadiran peminat ini membuatkan pihak hotel terpaksa menutup pintu berhampiran lif kerana bimbang ada peminat yang terus mengekori Siti hingga ke bilik.

* Berlakunya gangguan bekalan elektrik menyebabkan penonton di rumah tidak dapat menyaksikan ucapan kemenangan Dato' Siti Nurhaliza sebagai Artis Serantau Paling Popular.

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING