sitiangie

sitiangie

Monday, 3 February 2014

[Artikel] Dunia pertempuran Stacy

Oleh: Yanie Baharom

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini, jika mengkhusus pada konsep pentas, teknikal dan persembahan, ia berjaya mewujudkan dunia seiring tema acara iaitu 'Game On'.

Namun, apabila bercakap soal penampilan selebriti, sekali lagi Moda harus jujur mengatakan kebanyakan mereka memilih pendekatan selamat dan hal ini turut dipersetujui oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Menurut Hatta, tema permainan video seperti PS3 mahupun PS4 sebenarnya sudah tidak lagi 'In'. Bagaimanapun, dia mengakui mutu dan kualiti penataan cahaya tidak boleh disangkal kerana cukup hebat.

"Dari segi penampilan selebriti, saya tidak nampak ada yang betul-betul menepati tema 'Game On'. Mungkin mereka lebih selesa mengambil langkah selamat sedangkan ia boleh mengambil inspirasi daripada pelbagai permainan video seperti Street Fighter atau ikon permainan video terhebat untuk diketengahkan dalam penggayaan mereka.

"Apapun saya memuji penampilan dan persembahan Stacy kerana dia faham konsep. Saya suka persembahan Stacy kerana dia membawa penonton ke dunia pertempuran dengan angkatan penari seolah tentera yang sering dapat kita saksikan dalam permainan video.

"Bagi saya biarlah konsep tema hanya pada pentas montaj dan konsep AJL28 malam itu," katanya mereka pakaian Hafiz Suip malam itu.

Berkongsi sedikit informasi berhubung kostum yang disarungkan Stacy yang mempertaruhkan lagu Bosan pada malam itu, dia mengambil inspirasi daripada permainan video Resident Evil: Retribution. Stacy sendiri menghendaki pakaiannya direka seperti kostum yang dipakai ikon permainan video itu, Alice juga watak yang dibawakan Mila Jovavich.

Direka khas oleh penata gaya terkenal, Yanna Husin, khabarnya kostum asal yang ditempah dari luar negara tidak dapat disiapkan sebelum AJL lalu mendesak Yanna mereka sendiri pakaian itu. Manakala, pakaian untuk angkatan penari zombie yang mengiringi Stacy pula direka khas oleh bekas wartawan yang kini giat berkecimpung dalam dunia penataan gaya, Faizal Harun.

Khabarnya, kos penghasilan kostum Stacy dan penari cukup mahal kerana ia menggunakan metal.

sumber: keratan Akhbar Harian Metro (RAP), 03 Februari 2014, Isnin

pic credited: budiey.com

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING