sitiangie

sitiangie

Tuesday, 28 January 2014

[Artikel] Dengarnya... Yana menangis kerana Black

Oleh: Normah Becok


Dalam lautan manusia yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, kelmarin, Cik Normah perhatikan, ramai penonton menitiskan air mata gara-gara rangkaian lagu yang dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-28, yang membariskan beberapa karya menyentuh perasaan.

Satu daripada lagu berkenaan ialah lagu Takkan Terpisah nyanyian Black. Apabila penyanyi lelaki berkenaan menghayati lagu terbabit ketika muncul di pentas, ia turut membuatkan air mata aktres, Yana Samsudin, menitis.

Gemersik vokal dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Black, yang muncul solo di atas pentas, agaknya tajam menyentuh hati Yana, sehingga membuatkan wanita popular itu menangis tatkala menghayati bait-bait lirik puitisnya.

"Lagu itu terlalu indah dan saya dapat rasakan betapa dalam cintanya, malah Black nyata menyampaikan lagu itu umpama satu ikrar untuk yang tersayang," kata Yana.

Selepas Relaku Pujuk beberapa tahun lalu, kali ini Takkan Terpisah pula membuatkan air matanya berguguran, akui Yana.

Reaksi spontan Yana, yang turut menjadi pengacara permaidani merah bersama Aidid Marcello dan Hani Hatim, mendapat maklum balas yang pelbagai daripada peminat di Twitter.


sumber: Akhbar Berita Harian (HIP), 28 Januari 2014, Selasa

No comments:

Post a Comment

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING