sitiangie

sitiangie

Monday 28 January 2013

[Drama] Surat Dari Langit Biru


Slot: Samarinda
Drama: Surat Dari Langit Biru (15 episod)
Arahan: Rashid Sibir
Pelakon: Yana Samsudin, Johan As'ari, Fizo Omar, Tania Hudson, Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi, Nasir Bilal Khan, Bella Daly, Ika Nabila dan Ikram Dinzly
Lokasi Pengambaran: Sungai Besar, Selangor / Desaru & Kota Iskandar, Johor / Kuala Lumpur
Tayangan: 06 Februari 2013 (Selasa hingga Khamis)

Ada makna yang tersirat daripada judul drama 15 episod yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 iaitu Surat Dari Langit Biru.

Memaparkan kisah keutuhan kasih dua beradik, Salmi (Yana Samsudin) dan Zarul (Johan As'ari). Hidup dalam keadaan serba kekurangan. Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato' Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya, Lisa (Tania Hudson), Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul.

Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam drama yang bakal membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Drama ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari 2013, jam 10.00 malam, setiap hari Selasa hingga Khamis. Menariknya drama ini, ia bukan sahaja menggunakan lagu Teman Pengganti nyanyian Black & Malique sebagai lagu tema, malah bait-bait lirik nukilan Malique itu juga diterjemahkan ke dalam penceritaan Surat Dari Langit Biru.

Maksud Surat Dari Langit Biru sebenarnya berkisar mengenai surat-surat yang ditulis oleh Zarul di kawasan tepi laut yang tidak pernah dihantar kepada penerimanya sehingga terjadi satu peristiwa yang tidak terduga. - Rashid Sibir 

Fizo Omar & Yana Samsudin

Saturday 19 January 2013

(Lirik) Dato' Siti Nurhaliza - Galau

  (Nota: Gambar poster ini diambil sebelum DCT bertudung)

 GALAU
Ciptaan: Cacaq (Idrus Batumena)

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat Galau ku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu


Di sebalik tabir muzik video 'Galau'
(video credited : aftalentaesb)
penampilan terkini Dato' Siti
(pic credited: Twitter @CTNurhaliza11)

Wednesday 2 January 2013

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING