sitiangie

sitiangie

Sunday 20 May 2012

Stacy Naib Juara Mania Astro 2012

Salam..Mania Astro telah pun berakhir semalam (19 Mei 2012)..


Walaupun hadiah wang tunai RM500,000 telah menjadi milik Hafiz sekaligus bergelar Juara program Mania yang telah berlangsung semalam, Stacy tetap menjadi 'juara' pada malam konsert akhir Mania meskipun bergelar Naib Juara.. Tahniah ya Stacy!! u are really2 the ROCKSTAR~ luv u always, xoxo!!


info:
* Selain Stacy & Hafiz, tiga lagi Bintang Mania adalah Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
* Stacy merupakan anak didik kepada Dato' M. Nasir yang bernaung dibawah Empayar Merah.
* Selain wang tunai RM200,000, Stacy turut menerima trofi Mania.

Berikut adalah lagu-lagu yang disampaikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir Mania:

Hafiz (Empayar Hijau - Ahmad Dhani)
1 - Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin
2 - I Believe I Can Fly (R.Kelly)

Stacy (Empayar Merah - Dato' M.Nasir)
1 - Takkan Melupakanmu (Radja)
2 - Cinta (Melly Goeslow & Krisdayanti) duet bersama Fiq Mentor

Jaclyn Victor (Empayar Biru - Aubrey Suwito)
1 - Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara
2 - Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)

Hazama (Empayar Merah - Dato' M.Nasir)
1 - Saat Ku Idamkan (Search)
2 - Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Dato' Hattan

Aril (Empayar Hijau - Ahmad Dhani)
1 - Starlight (Muse)
2 - Isabella (Search) duet bersama Ari Lasso

Kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup:
1. Hafiz - 28%
2. Stacy - 22%
3. Jaclyn Victor - 22%
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%

Dua lagenda Superstar iaitu Dato' Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings hadir sebagai artis undangan pada malam final Mania. Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan medley lagu-lagu ciptaan para produser muzik Mania, MISTIKUS CINTA (ciptaan Ahmad Dhani), GEMURUH (ciptaan Aubrey Suwito) dan SEJATI (ciptaan Dato' M.Nasir) manakala kumpulan Wings menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.


sumber: Mania Astro
foto ehsan: Mania Astro

Friday 18 May 2012

Dato' Siti Nurhaliza Artis Undangan Konsert Mania Akhir!

Jangan lupa saksikan 2 Lagenda Superstar,
DATO' SITI NURHALIZA dan Kumpulan WINGS sebagai artis undangan di Kemuncak Galaksi Mania!
pada Sabtu (19 Mei 2012) jam 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.
 

# kepada semua peminat Stacy samaada di Malaysia mahupun di Brunei Darussalam, teruskan mengundi Stacy untuk LAST BATTLE MANIA akhir.. tunjukkan sokongan anda kepada Stacy!
taip MANIA3/5/10<jarak>STACY atau MANIA20 STACY ke 32888.

Wednesday 16 May 2012

12 Rahsia Dato' Siti Nurhaliza


Ingin tahu 12 perkara menarik mengenai Dato' Siti!:

1. Siti mengakui seorang yang geli kepada lipas. Pernah ketika zaman kanak-kanak sewaktu di berek polis, Siti memberitahu serangga itu berjalan di atas mukanya. Sehingga sekarang, penyanyi itu akan pastikan lipas telah mati ataupun tidak berada dalam biliknya. Apabila sudah pasti, baru beliau boleh tidur dengan aman.

2. Umum mengetahui Siti pernah menjual kuih seperti donut dan karipap sardin pada zaman kanak-kanaknya. Menurut pelantun lagu 'Nirmala' ini, beliau turut mengajar pembantu rumahnya itu cara membuat kuih tersebut bagi memudahkan beliau apabila teringin memakannya.

3. Jangan tidak tahu, penyanyi cantik ini gila mengumpul cadar sejak dari dulu. Difahamkan, penyanyi lagu 'Percayalah' ini gemar mengumpul cadar berwarna putih dan cerah. Walaubagaimanapun, Siti mengakui sudah mengurangkan tabiatnya itu.

4. Siti turut berkongsi dimana sebelum berkahwin, pernah ada lelaki psiko mengikutnya. Lelaki tersebut akan sentiasa tenung dan tengok Siti dan pernah sekali, Siti menerima hadiah tuala wanita dari peminat 'psiko'nya itu.

5. Adik kepada Saida ini memberitahu mempunyai persamaan dengan ibu mertuanya iaitu tidak suka memakan kuning telur.

6. Penyanyi ini mempunyai satu tabiat iaitu suka menghidu makanan yang pelik untuk tahu apa bahannya. Siti juga tidak cerewet dalam pemakanan dan memberitahu berani mencuba apa saja makanan yang pelik.

7. Impian Siti adalah untuk menjadi pereka fesyen. Siti memberitahu mempunyai mesin jahit di rumahnya dan suka menjahit bila ada kelapangan. Mempelajari teknik mejahit ketika di sekolah, Siti mengakui pandai menjahit selendang dan pernah berjaya mengecilkan bajunya.

8. Kakak kepada Saerah ini teringin melakukan 'bungy-jumping' namun sehingga kini, beliau mengakui tidak berani lagi untuk mencubanya.

9. Siti mengakui 'dating' dengan Datuk K melalui 'Yahoo Messenger'.

10. Penyanyi lagu 'Nian Di Hati' ini suka membeli baju dan terus memakainya waktu itu juga. Ada juga di mana beliau suka membeli baju baru, tetapi tidak memakainya dan memberikan kepada orang lain.

11. Siti mengakui tidak pandai menghias rumah di mana kelebihan itu ada pada suaminya, Datuk K. Menurut Siti, Datuk K sangat kreatif dan pandai dalam menghias sudut rumah mereka.

12. Siti pernah mencuri betik muda di kawasan berek polis sewaktu zaman kanak-kanaknya. Kesan dari perbuatannya itu, bibir Siti gatal apabila memakannya.

* Mengaku cair dengan anak saudaranya seramai 13 orang itu di mana beliau akan selalu membeli baju untuk mereka.
* Gemar mengumpul set 'manicure' kerana mengakui merasakan dirinya seperti pakar bedah apabila menyimpan alat-alat seperti itu.


sumber: gua.com.my

Tuesday 1 May 2012

[Article] The people who inspired Siti


THE History Channel's (Astro channel 555) Jan 11 documentary on Datuk Siti Nurhaliza certainly serves as an inspiration to viewers. But who are the people who had inspired Siti to such great heights? In an exclusive interview with theSun, Siti reveals 10 personalities who were a source of inspiration to her:

>> Prophet Muhammad
"He had gone through many obstacles but His persistence is an inspiration to everyone."

>> Tan Sri P. Ramlee
"He was a true legend who sacrificed everything for his art. You never get bored watching all his movies and listening to his songs."

>> Oprah Winfrey
"She is the symbol of a successful and strong woman. She is also sensitive in highlighting the problems that plague our world. I used to follow Oprah's shows avidly.

>> Tun Dr Mahathir Mohamad
"The former prime minister had raised the image of Malaysia and was instrumental in helping the country become more prosperous. He's a firm man and speaks his mind. Even when he was no longer the PM, he still speaks his mind."

>> Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
"As the wife of Tun Dr Mahathir Mohamad, she epitomises the phrases: 'Behind every successful man, there is a woman'. I've met her many times and I find her very motherly, down-to-earth and very intelligent."

>> Celine Dion
"This singer worked her way to fame from the bottom. She even had to learn to speak English to conquer the international market. I caught her show in Las Vegas in 2006 and had a fun time. When she perfomed here two years ago, I had the opportunity to meet her behind the stage. Dion is a very warm person, and I presented her with two of my albums.

>> Tony Fernandez
"He revolutionised the airline industry and made travelling by air affordable through AirAsia. I knew him when he started out his career in the music industry. He is a man full of new ideas. I want to become a successful businesswoman in the near future and he is my idol."

>> Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
"She [governor of Bank Negara Malaysia] has shown that a woman can be successful in a male-dominated industry. All you need is courage."

>> Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa
"Before I married him, all I could think of was my work. He taught me that my life should not only be about work and that I should learn to enjoy life a little. He also taught me to broaden my horizons and diversify. Now, I'm dreaming of becoming a successful businesswoman."

>> Siti Salmah Bachik
"My mother taught me to be independent. I came from a poor family. My late father was just a policeman and his income was just enough to support the seven of us. To supplement, our income, my mother used to make kuih and I had to sell them from house-to-house. She gave me the courage to face the people. Her strenght inspired me."


Sumber: thesundaily
Posted on 22 December 2011

DUTA SUPER MALAYSIA

DUTA SUPER MALAYSIA

KEEP VOTING

KEEP VOTING